Friday, 9 November 2012

Filem yang Memberi Pengajaran

Baru selesai menonton filem Bohsia 2. Banyak nilai-nilai moral yang dapat diambil daripada cerita terbabit. Bagaimana seorang wanita yang dulunya ialah bohsia, kini berusaha untuk berubah kearah islamik. Pelbagai halangan, liku-liku dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sehingga kadang-kadang membuat beliau berasa putus asa. Namun hidayah Allah itu amat besar ertinya. Beliau cekal dalam mempertahankan impianya untukberubah.

Bagi saya, filem sebegini elokklah diketengahkan bagi memberi kesedaran kepada bohsia-bohsia diluar sana, bahawa walau sekeji mana kita ini, namun pintu taubat sentiasa terbuka seperti bumi dan langit luasnya. Jangan berputus asa dengan apa yang terjadi.

Masyarakat harus diketengahkan dengan filem-filem sebegini bagi memberi kesedaran kepada mereka yang masih berada dalam 'dunia gelap' yang tidak berakhlak dan merosakkan akidah serta akhlak.

Mat Rempit Tegar....


Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,

Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini disiar dalam media cetak atau media elektronik.

Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Kenapakah hal ini berlaku.?

  
 
Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya sepanjang hidup saya di Terengganu




Gelagat Forum di Universiriku

Minggu lepas menghadiri satu forum yang diadakan di universitiku. Tajuknya ialah Masalah Remaja Sekarang Ini yang panelnya adalah dalam kalangan pelajar universiti saya sendiri. Amat menarik tajuk ini bagi saya kerana tiba-tiba teringatkan gejala mat rempit di Terenggau iaitu tempat asal saya yang menjadi-jadi sekarang ini.

Salah seorang daripada panel terbabit berasal dari Pantai Timur iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang ( Kelantan).

Apa yang kelakarnya ialah panel tersebut terlepas cakap dialeknya iaitu "demo" yang merujuk kepada awak.
Suasana menjadi riuh dengan gelak ketawa daripada penonton yang menghadiri forum tersebut.



Bagi saya, jika kita berada didalam majlis formal seperti forum sebegini, perlulah bercakap menggunakan bahasa baku kerana akan melambangkan kita berada dalam majlis formal

Thursday, 8 November 2012


Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,


Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini disiar dalam media cetak atau media elektronik.

Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain.




Kenapakah hal ini berlaku.?

Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya sepanjang hidup saya di Terengganu

Wednesday, 7 November 2012

Sukar Memahami 2

Masih situasi yang sama seperti entri sebelum ini iaitu mengenai Pasar Besar Payang di Kuala Terengganu. Pada kali ini saya akan menulis tentang kesukaran pemahaman untuk memahami percakapan antara dialek. Jika sebelum ini saya menulis tentang kesurakan untuk memahami ungkapan yang diutarakan oleh dua bangsa yang berlainan,kali ini saya akan menulis tentang  ketidakfahaman mengenai dialek pula.

Peniaga : Encik nak beli nape..??
Pelanggan :Emm saya nak beli periuk tembaga ni
Peniaga : owh oloh ... periuk ni hok orang doh. Tadi baru ada orang beli owh. Tunggu jap ekgi deh.
Pelanggan :(Terpinga-pinga ) Saya tak faham la encik apa yang encik bagaitahu itu.

Perbezaan dialek juga kadangkala mampu untuk memeningkan kepada si penutur itu. Seeloknya, peniaga itu menggunaka laras bahasa yang betul seperti bahasa baku untuk memberi penerangan yang mampu penutur terutamanya negeri lain faham.

Sukar Memahami 1....

Di sebuah pasar itu, suasana riuh rendah. Pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Memang pasar berkenaan adalah pasar yang paling terkenal di Terengganu, iaitu tempat kelahiran saya. Pasar berkenaan ialah Pasar Payang Kuala Terengganu dan saya sebagai anak jati Terengganu berbangga apabila melihat ramai pelancong yang datang ke pasar itu. Ini menunjukkan bahawa Terengganu adalah tempat pelancongan yang terbaik di Malaysia.



Kisah yang saya ingin ceritakan adalah lagat seorang pelancong asing, mungkin dari Amarika rasanya yang hendak membeli keropok lekor.Kisah ini saya alami pada cuti lepas ketika saya mengunjugi pasar berkenaan untuk membeli sesuatu. Pelancong terbabit mahu membeli keropok lekor tetapi beliau tidak pandai untuk berbahasa Melayu dan malangnya pula peniaga keropok lekor tersebut juga tidak pandai berbahasa Inggeris. Ini memberi kesulitan kepada kedua-duanya iaitu pelancong dan juga peniaga terbabit. Saya yang memerhati dari jauh sebentar tadi terpanggil untuk membantu sekadar termampu walaupun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus sangat . Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Pelancong dan peniaga tersebut berterima kasih kepada saya atas pertolongan yang saya berikan sebentar  tadi.

Bagi saya, peniaga tempat-tempat pelancongan seperti Pasar Payang itu mestilah melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Inggeris. Bukannya kita mahu meninggikan bahasa itu, tetapi tidak salah untuk mempelajari bahasa lain untuk melariskan perniagaan kita. Kita mestilah mempersiapkan diri, cukuplah sekadar tahu apa yang pelanggan luar mahu dan kita mampu memuaskan hati pelanggan.

Jurulatih Luar Cakap Melayu


Agak kelakar apabila melihat gelagat Peter Butler berkata - kata dalam bahasa Melayu. Untuk pengatahuan semua, beliau adalah berketurunan Inggeris. Namun beliau berjaya bercakap dalam bahasa Melayu dengan lancar sekali tanpa tersekat-sekat 

                                   http://www.youtube.com/watch?v=7t57iVp7bZM.

Link diatas adalah video dari sumber youtube yang menunjukkan percakapan daripada Peter Butler.
Saya rumuskan bahawa beliau mampu untuk fasih bercakap bahasa Melayu kerana dikelilingi oleh suasana masyarakat Melayu. Contohnya beliau telah merantau ke Malaysia hampir 10 tahun. Mungkin pada tempoh masa itu, beliau telah belajar bahasa Melayu dengan masyarakat Melayu di tempat beliau menjadi jurulatih persatuan bolasepak.
 

Ragam si Pemandu Bus

Alahai pemandu bas di sebuah institusi pengajian ini ( terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik institusi tersebut) sangat tidak mesra akan penumpang bas iaitu pelajar. Dibawah saya sertakan petikan daripada mulutnya:

Pemandu bas : Awat lambat sangat ni..?
Pelajar           : Minta maaf pakcik, saya tunggu kawan saya tadi. Lagipun baru pukul 9.45 pagi kan. Bas sepatutnya akan bergerak pada pukul 10 pagi.Jadi saya rasa kami masih belum terlambat lagi.
Pemandu Bas : Angpa semua  cakap tak lambat, ang  tau tak pakcik dah tunggu sini lama tau.
Pelajar            : Bukan salah kami pakcik, ni kan baru pukul 9.45 pagi, kalau ikut jadual masih belum terlambat lagi ni. ( terpinga-pinga seorang pelajar itu)
Pemandu Bas : Ahh apa-apa je laa angpa ni ..( sambil menunjukkan muka yang bengis )

Melalui tutur percakapannya dapat kita simpulkan bahawa pakcik ini berasal daripada negeri di utara tanah air ( mungkin kedah, perlis atau perak). Namun apa yang dikesali ialah bahasa yang digunakannya amat kasar. Tidak sepatutnya beliau menggunakan bahasa yang keras. Kalaupun tengah marah, namun perlulah dikawal dengan nada suara yang lembah lembut. Tidak perlu rasanya menggunakan bahasa yang kasar.

Sekadar Gambar Hiasan



Tuesday, 6 November 2012

Orang Asli

Gambar Hiasan

Teringat pengalaman pertama kali saya berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Behrang.

Sebenarnya, amat sukar sekali untuk saya menterjemahkan pertuturan  yang diucapkan oleh mereka kerana mungkin disebabkan faktor-faktor dielek mereka yang agak berlainan dengan masyarakat yang lain. Tapi secara ringkasnya, boleh saya katakan bahawa penduduk orang asli disitu amat ramah dengan masyarakat luar terutamanya mereka yang akan bergelar pendidik bangsa.

Kami dijamu dengan pelbagai makanan seperti mee goreng, rendang, lemang dan kuih muih. Mujurla mereka semua adalah saudara baru ( muslim ) jadi kami tiada masalah untuk makan makanan yang telah mereka hidangkan kepada kami.

Saturday, 3 November 2012

Bahasa Rojak .....



Terpaku saya melihat gambar ini. Kesalahan yang nyata salah dari segi penggunaan perkataan itu.
Jika dilihat pada ggambar tersebut, terdapat tiga tulisan yang menggunakan bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Tapi yang menjadi kesalahan diatas ialah penggunaan bahasa rojak yang telah merosakkan Bahasa Melayu. Jika mahu menggunakan Bahasa Melayu, gunakanlah secara keseluruhan, jangan bercampur-baur dengan mencampurkan bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu.

Pelbagai persoalan yang berlegar di kepala, begitu rendah tahap pemikiran si penulis ini. Adakah beliau sengaja menulis begitu ataupun sudah terbiasa dengan bahasa rojak yang lama kelamaan seakan menjadi barah.Saya yang mengambil ISMP Bahasa Melayu di UPSI berasa kecewa dan sedih akan hal sedemikian.Sewajarnya, rakyat Malaysia harus peka dengan masalah ini dan tidak membiarkan bahasa Melayu menjadi rosak kerana rakyatnya sendiri.