Thursday, 8 November 2012
Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,
Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini disiar dalam media cetak atau media elektronik.
Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain.
Kenapakah hal ini berlaku.?
Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya sepanjang hidup saya di Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment