Masih situasi yang sama seperti entri sebelum ini iaitu mengenai Pasar Besar Payang di Kuala Terengganu. Pada kali ini saya akan menulis tentang kesukaran pemahaman untuk memahami percakapan antara dialek. Jika sebelum ini saya menulis tentang kesurakan untuk memahami ungkapan yang diutarakan oleh dua bangsa yang berlainan,kali ini saya akan menulis tentang ketidakfahaman mengenai dialek pula.
Peniaga : Encik nak beli nape..??
Pelanggan :Emm saya nak beli periuk tembaga ni
Peniaga : owh oloh ... periuk ni hok orang doh. Tadi baru ada orang beli owh. Tunggu jap ekgi deh.
Pelanggan :(Terpinga-pinga ) Saya tak faham la encik apa yang encik bagaitahu itu.
Perbezaan dialek juga kadangkala mampu untuk memeningkan kepada si penutur itu. Seeloknya, peniaga itu menggunaka laras bahasa yang betul seperti bahasa baku untuk memberi penerangan yang mampu penutur terutamanya negeri lain faham.
No comments:
Post a Comment