Wednesday, 7 November 2012

Sukar Memahami 1....

Di sebuah pasar itu, suasana riuh rendah. Pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Memang pasar berkenaan adalah pasar yang paling terkenal di Terengganu, iaitu tempat kelahiran saya. Pasar berkenaan ialah Pasar Payang Kuala Terengganu dan saya sebagai anak jati Terengganu berbangga apabila melihat ramai pelancong yang datang ke pasar itu. Ini menunjukkan bahawa Terengganu adalah tempat pelancongan yang terbaik di Malaysia.



Kisah yang saya ingin ceritakan adalah lagat seorang pelancong asing, mungkin dari Amarika rasanya yang hendak membeli keropok lekor.Kisah ini saya alami pada cuti lepas ketika saya mengunjugi pasar berkenaan untuk membeli sesuatu. Pelancong terbabit mahu membeli keropok lekor tetapi beliau tidak pandai untuk berbahasa Melayu dan malangnya pula peniaga keropok lekor tersebut juga tidak pandai berbahasa Inggeris. Ini memberi kesulitan kepada kedua-duanya iaitu pelancong dan juga peniaga terbabit. Saya yang memerhati dari jauh sebentar tadi terpanggil untuk membantu sekadar termampu walaupun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus sangat . Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Pelancong dan peniaga tersebut berterima kasih kepada saya atas pertolongan yang saya berikan sebentar  tadi.

Bagi saya, peniaga tempat-tempat pelancongan seperti Pasar Payang itu mestilah melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Inggeris. Bukannya kita mahu meninggikan bahasa itu, tetapi tidak salah untuk mempelajari bahasa lain untuk melariskan perniagaan kita. Kita mestilah mempersiapkan diri, cukuplah sekadar tahu apa yang pelanggan luar mahu dan kita mampu memuaskan hati pelanggan.

No comments:

Post a Comment