Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,
Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di
Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu
sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini
disiar dalam media cetak atau media elektronik.
Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang
sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan
lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang
sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang
lain.
Kenapakah hal ini berlaku.?
Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar
dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur
dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana
sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi
apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak
berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya
sepanjang hidup saya di Terengganu
No comments:
Post a Comment