Pemandu bas : Awat lambat sangat ni..?
Pelajar : Minta maaf pakcik, saya tunggu kawan saya tadi. Lagipun baru pukul 9.45 pagi kan. Bas sepatutnya akan bergerak pada pukul 10 pagi.Jadi saya rasa kami masih belum terlambat lagi.
Pemandu Bas : Angpa semua cakap tak lambat, ang tau tak pakcik dah tunggu sini lama tau.
Pelajar : Bukan salah kami pakcik, ni kan baru pukul 9.45 pagi, kalau ikut jadual masih belum terlambat lagi ni. ( terpinga-pinga seorang pelajar itu)
Pemandu Bas : Ahh apa-apa je laa angpa ni ..( sambil menunjukkan muka yang bengis )
Melalui tutur percakapannya dapat kita simpulkan bahawa pakcik ini berasal daripada negeri di utara tanah air ( mungkin kedah, perlis atau perak). Namun apa yang dikesali ialah bahasa yang digunakannya amat kasar. Tidak sepatutnya beliau menggunakan bahasa yang keras. Kalaupun tengah marah, namun perlulah dikawal dengan nada suara yang lembah lembut. Tidak perlu rasanya menggunakan bahasa yang kasar.
Sekadar Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment