Monday, 1 October 2012

Bahasa Isyarat...


Entri seterusnya mengenai bahasa isyarat. Perlakuan bahasa isyarat ini saya perhatikan semasa saya dalam perjalanan pulang ke Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada semester lepas di perhentian bus Kuala Terengganu. Melihat perlakuan mereka pada mula-mulanya saya beranggapan mereka seperti bermainmenggunakan tangan dan mimik muka. Namun setelah diteliti dengan baik, saya menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang berkomunikasi menggunakan isyarat tangan dan mimik muka yang tidak kita fahami andai kita tidak pelajarinya.

Saya perhatikan, walaupun mereka ada masalah dari segi percakapan (bisu ) dan masalah  pendengaran ( pekak) namun, itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk melakukan interaksi. Hal ini kerana mereka telah mempelajari langkah-langkah untuk berkomunikasi yang berlainan daripada orang normal seperti biasa. Barulah saya sedar, komunikasi bukanlah berdasarkan bunyi sahaja, tetapi komunikasi juga berbentuk bahasa isyarat dan gerak badan.Dan saya juga menyedari bahawa komunikasi bergantung kepada pemahaman dari segi penerimaan seseorang itu. Tidak berhasil komunikasi itu juga jika seseorang itu tidak memahami apa yang dituturkan oleh si penutur kepadanya. 


Contohnya, si penutur berbangsa melayu tetapi si penerimanya berbangsa arab. Komunikasi antara mereka tidak akan berhasil selagi mereka tidak memahami bahasa sesama mereka. 



Saturday, 29 September 2012

Minggu 3 - Entri 1


Kali ini saya akan menulis tentang perubahan dialek yang seperti diceritakan dan dilalui sendiri oleh pensyarah Sosiolinguistik saya sendiri iaitu Dr Siti Saniah. Beliau menceritakan bagaimana apabila beliau berjumpa dengan Prof Asmah. Untuk pengatahuan pembaca, Prof Asma berasal dari negeri Utara iaitu negeri jelapang padi Kedah.


                                                           sekadar gambar hiasan


Dr Siti Saniah menceritakan apabila mereka berbual dengan rakan-rakan sejawatan mereka, mereka akan bercakap menggunakan laras bahasa standard. Tiba-tiba, datang Prof Asma untuk mengikuti perbualan mereka. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, mereka secara spontan terus menukar laras mereka dengan menggunakan dialek Kedah contohnya “teruih” yang bermaksud “terus” dalam bahasa baku Bahasa Melayu.

Hal ini menunjukkan bahasa Melayu mempunyai variasi yang tersendiri. Mungkin juga dapat merapatkan jalinan ukhuwah antara mereka dan sebagai menghormati Prof Asmah yang boleh dikatakan sebagai senior kepada pensyarah saya dan rakan-rakannya.Salah satu keistimewaan Bahasa Melayu ialah mempunyai pelbagai dialek. Dialek ini jika difahami oleh penutur dan penerimanya mampu memberi nilai tambah dan juga mampu mengeratkan silatulrahim antara sesama kita.
Entri setrusnya saya akan membicarakan tentang perbezaan dialek yang cuba diutarakan oleh rakan saya ketika kami sembang-sembang kosong di bitarasiswa.. Tunggu…….

Saturday, 22 September 2012

Suatu Permulaan.......

Assalamualaikum. Alhamduliliah pada semester ini, saya mengambil subjek Sosiolinguistik. Untuk pengatahuan pembaca sekalian, saya menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim di Perak. 

Bak kata pujannga, sebelum kita mencitai seseorang itu, mestilah mengatahui latar belakang terlebih dahulu. Oleh itu, saya akan menceritaka latar belakang Sosiolinguistik ini.

Menurut Janet Holmes, ahli – ahli sosiolinguistik berminat untuk mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat, bagaimana bahasa berbeza, termasuk juga fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikanmaksud-maksud social menerusi komunikasi. Dalam pada itu, terdapat ramau tokoh linguistic yang terlibat sama dalam menakrifkan sebagai “sosiolinguistik” , termasuklah tokoh-tokoh seperti Appel, Nikolas Coupland  dan Adam Jaworski, Dell Hymes, Joshua Fishman, Nababn, Hari, Urti Kridalaksana, Cripper dan Widdoson. Sosiolinguistik, berasal daripada gabungan perkataan sosio dan Linguistik, menunjukkan bahawam bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dan linguistic. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistic plus. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik ialah merupakan satu kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat.

http://abubakar69.blogspot.com/2011/05/bbm-3204-sosiolinguistik-kepelbagaian.html