Entri
seterusnya mengenai bahasa isyarat. Perlakuan bahasa isyarat ini saya
perhatikan semasa saya dalam perjalanan pulang ke Universtiti Pendidikan Sultan
Idris pada semester lepas di perhentian bus Kuala Terengganu. Melihat perlakuan
mereka pada mula-mulanya saya beranggapan mereka seperti bermainmenggunakan
tangan dan mimik muka. Namun setelah diteliti dengan baik, saya menyedari
bahawa mereka sebenarnya sedang berkomunikasi menggunakan isyarat tangan dan
mimik muka yang tidak kita fahami andai kita tidak pelajarinya.
Saya
perhatikan, walaupun mereka ada masalah dari segi percakapan (bisu ) dan masalah pendengaran ( pekak) namun, itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk
melakukan interaksi. Hal ini kerana mereka telah mempelajari langkah-langkah
untuk berkomunikasi yang berlainan daripada orang normal seperti biasa. Barulah
saya sedar, komunikasi bukanlah berdasarkan bunyi sahaja, tetapi komunikasi
juga berbentuk bahasa isyarat dan gerak badan.Dan saya juga menyedari bahawa komunikasi
bergantung kepada pemahaman dari segi penerimaan seseorang itu. Tidak berhasil
komunikasi itu juga jika seseorang itu tidak memahami apa yang dituturkan oleh
si penutur kepadanya.
Contohnya, si penutur berbangsa melayu tetapi si
penerimanya berbangsa arab. Komunikasi antara mereka tidak akan berhasil selagi
mereka tidak memahami bahasa sesama mereka.
No comments:
Post a Comment