Yup.!..
Form 1..Urm,,niy oam cola f!ey..nme sbnaa Haf!zah..
Khidmat pesanan
ringkas ( SMS) yang saya terima baru-baru ini amat merimaskan saya. Manakan
tidak, bahasa yang digunakan
terang-terang telah melanggar etika berbahasa dengan bahasa yang betul. Saya
geram dengan perkara seperti ini. Saya terfikir-fikir apakah yang membuatkan
hal ini berlaku ? .
Kadang-kadang
teknologi disekitar kita melalaikan kita daripada berbahasa dengan betul. Penggunaan
SMS dan laman sesawang yang memudahkan perhubungan menyebabkan remaja-remaja
sekarang amnya terlalu mudah memandang enteng tentang bahasa Melayu. Terlalu
ringkas ejaannya sehingga rosak struktur ayat seperti yang saya nyatakan
diatas. Saya sebagai pelajar bahasa Melayu walaupun kadang-kadang turut
meringkaskan perkataan yang panjang menjadi pendek ketika menghantar SMS ,
namun tidaklah dikira ketara seperti ucapan Assalamualaikum (salam) dan
waalaikummussalam ( wassalam ).
Tapi ayat diatas sudah keterlaluan menyebabkan
saya berfikir sejenak, inikah bangsaku yang akan memartabatkan bahasa Melayu
akan datang. Memikirkan hal demikian, saya berasa terpanggil untuk menyedarkan
bangsa saya sendiri bahawa gunalah bahasa dengan betul. Jangan memalukan bangsa
kita sendiri. Teknologi bukanlah tempat kita memperlekehkan bahasa kita
sendiri..
Bahasa
jiwa bangsa...
Tanpa
bahasa, tiada bermakna bangsa itu...
No comments:
Post a Comment