Bahasa Slanga…???
Apa makna sebenarnya bahasa ini.? Menurut
kajian-kajian yang dilakukan disekolah-sekolah, banyak definisi yang diutarakan
oleh remaja-remaja. Contohnya ada yang menyatakan bahawa slanga ialah
dialek, ada yang mengaitkan slanga dengan cara pertuturan (saya fikir pelajar
itu merujuk kepada telor percakapan)dan ada juga yang menyatakan slanga sebagai
bahasa mesra. Walaupun bentuk bahasa slanga termasuk dalam jenis bahasa bahasa
tak formal yang digunakan untuk perbualan biasa, pengaruh bahasa slanga ini
kepada remaja agak membimbangkan.
Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut “The Oxford Companion to the English Language” oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

Jika dilihat kepada fenomena alam remaja sekarang ini,
mereka sudah mampu mencipta perkataan sendiri yang lari dari ejaan baku.
Sebagai contohnya ‘ayam’(pempuan), ‘pakwe’(teman lelaki) dan lain-lain lagi.
Industri muzik turut memainkan peranan yang besar dalam penyebaran bahasa
slanga ini, contohnya ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an
ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di
samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.
Teringat baris-baris perkataan yang diucapkan oleh seorang sahabat perempuan baru-baru ini:

“eh jambu
la budak lelaki ini”
BIARLAH GAMBAR BERBICARA
No comments:
Post a Comment