Papan Tanda Tanjong Malim yang Lama |
Memang
kegemaran saya melayari internet. Sedang saya asyik melayari internet, saya
ternampak satu gambar yang menarik perhatian saya. Gambar itu ialah gambar
papan tanda Tanjong Malim
Apa yang membuatkan
saya terhenti seketika untuk melihat gambar ini ialah perkataan yang dieja
iaitu “Tanjong Malim” dan bukannya “Tanjung Malim”. Pernah dahulu semasa
semester ke dua (kalau tidak silap saya), pensyarah saya pernah memberitahu
bahawa papan tanda Tanjong Mali m ini tidak berubah dan masih digunakan
sehingga sekarang walaupun ejaan yang telah dibakukan ialah “Tanjung Malim”.
Pada
pendapat saya, mungkin nama kawasan ini telah diberi keistimewaan untuk
mengekalkan nama “Tanjong Malim” ini kerana sudah menjadi identiti pada kawasan
itu.
Papan Tanda Di KTM Tanjung Malim |
Yup. Ini pula papan tanda yang terbaharu dikeluarkan oleh kerajaan tempatan daerah Tanjung Malim, jika dilihat ejaannya telah diubah daripada "Tanjong Malim" kepada "Tanjung Malim". Tetapi masih digunapakai perkataan "Tanjong Malim" untuk urusan lain-lain .
No comments:
Post a Comment