Wednesday, 7 November 2012

Ragam si Pemandu Bus

Alahai pemandu bas di sebuah institusi pengajian ini ( terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik institusi tersebut) sangat tidak mesra akan penumpang bas iaitu pelajar. Dibawah saya sertakan petikan daripada mulutnya:

Pemandu bas : Awat lambat sangat ni..?
Pelajar           : Minta maaf pakcik, saya tunggu kawan saya tadi. Lagipun baru pukul 9.45 pagi kan. Bas sepatutnya akan bergerak pada pukul 10 pagi.Jadi saya rasa kami masih belum terlambat lagi.
Pemandu Bas : Angpa semua  cakap tak lambat, ang  tau tak pakcik dah tunggu sini lama tau.
Pelajar            : Bukan salah kami pakcik, ni kan baru pukul 9.45 pagi, kalau ikut jadual masih belum terlambat lagi ni. ( terpinga-pinga seorang pelajar itu)
Pemandu Bas : Ahh apa-apa je laa angpa ni ..( sambil menunjukkan muka yang bengis )

Melalui tutur percakapannya dapat kita simpulkan bahawa pakcik ini berasal daripada negeri di utara tanah air ( mungkin kedah, perlis atau perak). Namun apa yang dikesali ialah bahasa yang digunakannya amat kasar. Tidak sepatutnya beliau menggunakan bahasa yang keras. Kalaupun tengah marah, namun perlulah dikawal dengan nada suara yang lembah lembut. Tidak perlu rasanya menggunakan bahasa yang kasar.

Sekadar Gambar Hiasan



Tuesday, 6 November 2012

Orang Asli

Gambar Hiasan

Teringat pengalaman pertama kali saya berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Behrang.

Sebenarnya, amat sukar sekali untuk saya menterjemahkan pertuturan  yang diucapkan oleh mereka kerana mungkin disebabkan faktor-faktor dielek mereka yang agak berlainan dengan masyarakat yang lain. Tapi secara ringkasnya, boleh saya katakan bahawa penduduk orang asli disitu amat ramah dengan masyarakat luar terutamanya mereka yang akan bergelar pendidik bangsa.

Kami dijamu dengan pelbagai makanan seperti mee goreng, rendang, lemang dan kuih muih. Mujurla mereka semua adalah saudara baru ( muslim ) jadi kami tiada masalah untuk makan makanan yang telah mereka hidangkan kepada kami.

Saturday, 3 November 2012

Bahasa Rojak .....



Terpaku saya melihat gambar ini. Kesalahan yang nyata salah dari segi penggunaan perkataan itu.
Jika dilihat pada ggambar tersebut, terdapat tiga tulisan yang menggunakan bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Tapi yang menjadi kesalahan diatas ialah penggunaan bahasa rojak yang telah merosakkan Bahasa Melayu. Jika mahu menggunakan Bahasa Melayu, gunakanlah secara keseluruhan, jangan bercampur-baur dengan mencampurkan bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu.

Pelbagai persoalan yang berlegar di kepala, begitu rendah tahap pemikiran si penulis ini. Adakah beliau sengaja menulis begitu ataupun sudah terbiasa dengan bahasa rojak yang lama kelamaan seakan menjadi barah.Saya yang mengambil ISMP Bahasa Melayu di UPSI berasa kecewa dan sedih akan hal sedemikian.Sewajarnya, rakyat Malaysia harus peka dengan masalah ini dan tidak membiarkan bahasa Melayu menjadi rosak kerana rakyatnya sendiri.

Tuesday, 16 October 2012

Kekeliruan Makna...


                                                                       "Yas ang boleh pergi semak tak.?"

Salah satu ayat yang diutarakan oleh seorang sahabat kepada saya. Mula-mula terpaku saya mendengar beliau bercakap seperti itu. Ada beberapa tafsiran yang tertimbul dalam benak fikiran saya. Pertama ialah adakah beliau hendak saya pergi ke semak ( belukar ). Kedua pula ialah adakah beliau mahu saya pergi semak (memeriksa )

Selepas mendapat keterangan dengan lebih terperinci,barulah saya faham apa yang dikatakan oleh beliau iaitu dia mahu saya pergi menyemak buku yang dikarang olehnya.

Sebenarnya , dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan maknanya seperti semak, pukul, selak dan lain lain lagi. Ianya hanya dapat difahami maknanya dengan betul melalui intonosi dan struktur ayatnya.

Biarkan Gambar Berbicara



Tergelak saya melihat gambar di atas apabila sedang melayari laman sesawang. Mungkin agak lucu apabila melihat gambar sedemikian tetapi dalam menasihati dan memberi peringatan kepada audiance, kaedah ini nampak berkesan dan lebih praktikal.Ini kerana sekarang ini ramai orang khususnya remaja-remaja kebanyakannya mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain lagi. Melalui cabang-cabang komunikasi ini, maklumat yang ingin disampaikan lebih pantas dan efisen disamping menjimatkan kos.

Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Nik Karim Jawatan


"Sebagai pendidik, anda semua ( merujuk kepada bakal-bakal guru ) perlu berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu, jangan sampai Bahasa Melayu tergadai oleh bangsanya sendiri."

Ucapan yang membangkitkan sama sekali semangat yang membara terhadap semua peserta dalam persidangan tersebut. Tapi bukan semangat yang ingin saya perkatakan disini, tapi penguncapannya yang tidak dipengaruhi negeri asalnya iaitu Kelantan.

Dalam pengamatan saya khususnya terhadap mahasiswa/wi UPSI yang berasal dari Kelantan, mereka sukar untuk mengubah dialek mereka ketika mereka belajar disini. Mungkin di UPSI ramai mahasiwa/wi yang berasal dari Kelantan. Sebab itulah, proses sosiolisasi pertuturan mengikut standard Bahasa Melayu baku kurang berkesan. 

Perkataan seperti  demo,kawe,make,kelik,derak,meta dan lain-lain lagi saya lihat amat sukar dihakis oleh kawan-kawan saya yang berasal dari Kelantan

Saturday, 13 October 2012

RAGAM BAHASA I





Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja Tepat’ edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong, biasanya  yang melibatkan  sesuatu komuniti atau masyarakat.  Manakala ‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam.  Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut Za’aba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca.  Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu. 

i. Ragam Bahasa Sindiran

Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat.  Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain.  Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. 
Dalam novel ‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan.  Ia tentunya menyindir Cikgu Hamdan yang telah cedera  dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan kawan-kawannya.  Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri.  Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif.  Begitu juga dengan dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang berbunyi, “Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, di tengah sawah!”.  Ini juga menunjukkan ragam bahasa menyindir iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya Norhayati berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan, tetapi  diarahkan  pula dengan perkataan ‘drama’ yang membawa maksudnyayang  sebenar. 
Itulah antara ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi contoh yang lain.  Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain.