Baru selesai menonton filem Bohsia 2. Banyak nilai-nilai moral yang dapat diambil daripada cerita terbabit. Bagaimana seorang wanita yang dulunya ialah bohsia, kini berusaha untuk berubah kearah islamik. Pelbagai halangan, liku-liku dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sehingga kadang-kadang membuat beliau berasa putus asa. Namun hidayah Allah itu amat besar ertinya. Beliau cekal dalam mempertahankan impianya untukberubah.
Bagi saya, filem sebegini elokklah diketengahkan bagi memberi kesedaran kepada bohsia-bohsia diluar sana, bahawa walau sekeji mana kita ini, namun pintu taubat sentiasa terbuka seperti bumi dan langit luasnya. Jangan berputus asa dengan apa yang terjadi.
Masyarakat harus diketengahkan dengan filem-filem sebegini bagi memberi kesedaran kepada mereka yang masih berada dalam 'dunia gelap' yang tidak berakhlak dan merosakkan akidah serta akhlak.
Friday, 9 November 2012
Mat Rempit Tegar....
Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,
Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di
Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu
sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini
disiar dalam media cetak atau media elektronik.
Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang
sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan
lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang
sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang
lain.
Kenapakah hal ini berlaku.?
Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar
dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur
dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana
sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi
apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak
berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya
sepanjang hidup saya di Terengganu
Gelagat Forum di Universiriku
Minggu lepas menghadiri satu forum yang diadakan di universitiku. Tajuknya ialah Masalah Remaja Sekarang Ini yang panelnya adalah dalam kalangan pelajar universiti saya sendiri. Amat menarik tajuk ini bagi saya kerana tiba-tiba teringatkan gejala mat rempit di Terenggau iaitu tempat asal saya yang menjadi-jadi sekarang ini.
Salah seorang daripada panel terbabit berasal dari Pantai Timur iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang ( Kelantan).
Apa yang kelakarnya ialah panel tersebut terlepas cakap dialeknya iaitu "demo" yang merujuk kepada awak.
Suasana menjadi riuh dengan gelak ketawa daripada penonton yang menghadiri forum tersebut.
Bagi saya, jika kita berada didalam majlis formal seperti forum sebegini, perlulah bercakap menggunakan bahasa baku kerana akan melambangkan kita berada dalam majlis formal

Thursday, 8 November 2012
Terengganu tanah tumpah darah ku,
Terkenal dengan mat rempitnya,
Tiada jalan yang tidak diredahnya,
Trafik... hentam sajalah,
Tak kisah ku undang-undangmu,
Mungkin itulah ungkapan yang menjadi siulan para mat-mat rempit di Terengganu. Memang, tidak dapat dinafikan yang isu mat rempit di Terengganu sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Kerap sekali isu mat rempit ini disiar dalam media cetak atau media elektronik.
Pengalaman saya baru-baru ini adalah berhadapan lebih kurang sebanyak 200 buah motorsikal yang berbaris di bahu jalan untuk menyaksikan lumba haram pada malam Hari Raya Korban tempoh hari. Ini bukan jumlah yang sedikit, tetapi amat banyak sekali sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain.
Kenapakah hal ini berlaku.?
Dalam pemerhatian saya, faktor utama kejadian mat rempit tegar dikawasan sekitar Kuala Terengganu ialah mereka yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan alam remaja, iaitu lebih kurang 15-25 tahun adalah kerana sifat ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka. Tetapi apabila mereka berumur 25 tahun keatas, kebanyakannya mereka sudah tidak berkecimpung dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Itu adalah permehatian saya sepanjang hidup saya di Terengganu
Wednesday, 7 November 2012
Sukar Memahami 2
Masih situasi yang sama seperti entri sebelum ini iaitu mengenai Pasar Besar Payang di Kuala Terengganu. Pada kali ini saya akan menulis tentang kesukaran pemahaman untuk memahami percakapan antara dialek. Jika sebelum ini saya menulis tentang kesurakan untuk memahami ungkapan yang diutarakan oleh dua bangsa yang berlainan,kali ini saya akan menulis tentang ketidakfahaman mengenai dialek pula.
Peniaga : Encik nak beli nape..??
Pelanggan :Emm saya nak beli periuk tembaga ni
Peniaga : owh oloh ... periuk ni hok orang doh. Tadi baru ada orang beli owh. Tunggu jap ekgi deh.
Pelanggan :(Terpinga-pinga ) Saya tak faham la encik apa yang encik bagaitahu itu.
Perbezaan dialek juga kadangkala mampu untuk memeningkan kepada si penutur itu. Seeloknya, peniaga itu menggunaka laras bahasa yang betul seperti bahasa baku untuk memberi penerangan yang mampu penutur terutamanya negeri lain faham.

Sukar Memahami 1....
Di sebuah pasar itu, suasana riuh rendah. Pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Memang pasar berkenaan adalah pasar yang paling terkenal di Terengganu, iaitu tempat kelahiran saya. Pasar berkenaan ialah Pasar Payang Kuala Terengganu dan saya sebagai anak jati Terengganu berbangga apabila melihat ramai pelancong yang datang ke pasar itu. Ini menunjukkan bahawa Terengganu adalah tempat pelancongan yang terbaik di Malaysia.
Kisah yang saya ingin ceritakan adalah lagat seorang pelancong asing, mungkin dari Amarika rasanya yang hendak membeli keropok lekor.Kisah ini saya alami pada cuti lepas ketika saya mengunjugi pasar berkenaan untuk membeli sesuatu. Pelancong terbabit mahu membeli keropok lekor tetapi beliau tidak pandai untuk berbahasa Melayu dan malangnya pula peniaga keropok lekor tersebut juga tidak pandai berbahasa Inggeris. Ini memberi kesulitan kepada kedua-duanya iaitu pelancong dan juga peniaga terbabit. Saya yang memerhati dari jauh sebentar tadi terpanggil untuk membantu sekadar termampu walaupun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus sangat . Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Pelancong dan peniaga tersebut berterima kasih kepada saya atas pertolongan yang saya berikan sebentar tadi.
Bagi saya, peniaga tempat-tempat pelancongan seperti Pasar Payang itu mestilah melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Inggeris. Bukannya kita mahu meninggikan bahasa itu, tetapi tidak salah untuk mempelajari bahasa lain untuk melariskan perniagaan kita. Kita mestilah mempersiapkan diri, cukuplah sekadar tahu apa yang pelanggan luar mahu dan kita mampu memuaskan hati pelanggan.

Jurulatih Luar Cakap Melayu
Agak kelakar apabila melihat gelagat Peter Butler berkata - kata
dalam bahasa Melayu. Untuk pengatahuan semua, beliau adalah berketurunan
Inggeris. Namun beliau berjaya bercakap dalam bahasa Melayu dengan lancar
sekali tanpa tersekat-sekat
Link diatas adalah video dari sumber youtube yang menunjukkan
percakapan daripada Peter Butler.
Saya rumuskan bahawa beliau mampu untuk fasih bercakap bahasa
Melayu kerana dikelilingi oleh suasana masyarakat Melayu. Contohnya beliau
telah merantau ke Malaysia hampir 10 tahun. Mungkin pada tempoh masa itu,
beliau telah belajar bahasa Melayu dengan masyarakat Melayu di tempat beliau menjadi
jurulatih persatuan bolasepak.
Ragam si Pemandu Bus
Alahai pemandu bas di sebuah institusi pengajian ini ( terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik institusi tersebut) sangat tidak mesra akan penumpang bas iaitu pelajar. Dibawah saya sertakan petikan daripada mulutnya:
Pemandu bas : Awat lambat sangat ni..?
Pelajar : Minta maaf pakcik, saya tunggu kawan saya tadi. Lagipun baru pukul 9.45 pagi kan. Bas sepatutnya akan bergerak pada pukul 10 pagi.Jadi saya rasa kami masih belum terlambat lagi.
Pemandu Bas : Angpa semua cakap tak lambat, ang tau tak pakcik dah tunggu sini lama tau.
Pelajar : Bukan salah kami pakcik, ni kan baru pukul 9.45 pagi, kalau ikut jadual masih belum terlambat lagi ni. ( terpinga-pinga seorang pelajar itu)
Pemandu Bas : Ahh apa-apa je laa angpa ni ..( sambil menunjukkan muka yang bengis )
Melalui tutur percakapannya dapat kita simpulkan bahawa pakcik ini berasal daripada negeri di utara tanah air ( mungkin kedah, perlis atau perak). Namun apa yang dikesali ialah bahasa yang digunakannya amat kasar. Tidak sepatutnya beliau menggunakan bahasa yang keras. Kalaupun tengah marah, namun perlulah dikawal dengan nada suara yang lembah lembut. Tidak perlu rasanya menggunakan bahasa yang kasar.

Sekadar Gambar Hiasan |
Tuesday, 6 November 2012
Orang Asli
Gambar Hiasan |
Teringat pengalaman pertama kali saya berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Behrang.
Sebenarnya, amat sukar sekali untuk saya menterjemahkan pertuturan yang diucapkan oleh mereka kerana mungkin disebabkan faktor-faktor dielek mereka yang agak berlainan dengan masyarakat yang lain. Tapi secara ringkasnya, boleh saya katakan bahawa penduduk orang asli disitu amat ramah dengan masyarakat luar terutamanya mereka yang akan bergelar pendidik bangsa.
Kami dijamu dengan pelbagai makanan seperti mee goreng, rendang, lemang dan kuih muih. Mujurla mereka semua adalah saudara baru ( muslim ) jadi kami tiada masalah untuk makan makanan yang telah mereka hidangkan kepada kami.

Saturday, 3 November 2012
Bahasa Rojak .....
Terpaku saya melihat gambar ini. Kesalahan yang nyata salah dari segi penggunaan perkataan itu.
Jika dilihat pada ggambar tersebut, terdapat tiga tulisan yang menggunakan bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Tapi yang menjadi kesalahan diatas ialah penggunaan bahasa rojak yang telah merosakkan Bahasa Melayu. Jika mahu menggunakan Bahasa Melayu, gunakanlah secara keseluruhan, jangan bercampur-baur dengan mencampurkan bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu.
Pelbagai persoalan yang berlegar di kepala, begitu rendah tahap pemikiran si penulis ini. Adakah beliau sengaja menulis begitu ataupun sudah terbiasa dengan bahasa rojak yang lama kelamaan seakan menjadi barah.Saya yang mengambil ISMP Bahasa Melayu di UPSI berasa kecewa dan sedih akan hal sedemikian.Sewajarnya, rakyat Malaysia harus peka dengan masalah ini dan tidak membiarkan bahasa Melayu menjadi rosak kerana rakyatnya sendiri.
Tuesday, 16 October 2012
Kekeliruan Makna...
"Yas ang boleh pergi semak tak.?"
Salah satu ayat yang diutarakan oleh seorang sahabat kepada saya. Mula-mula terpaku saya mendengar beliau bercakap seperti itu. Ada beberapa tafsiran yang tertimbul dalam benak fikiran saya. Pertama ialah adakah beliau hendak saya pergi ke semak ( belukar ). Kedua pula ialah adakah beliau mahu saya pergi semak (memeriksa )
Selepas mendapat keterangan dengan lebih terperinci,barulah saya faham apa yang dikatakan oleh beliau iaitu dia mahu saya pergi menyemak buku yang dikarang olehnya.
Sebenarnya , dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan maknanya seperti semak, pukul, selak dan lain lain lagi. Ianya hanya dapat difahami maknanya dengan betul melalui intonosi dan struktur ayatnya.
Biarkan Gambar Berbicara
Tergelak saya melihat gambar di atas apabila sedang melayari laman sesawang. Mungkin agak lucu apabila melihat gambar sedemikian tetapi dalam menasihati dan memberi peringatan kepada audiance, kaedah ini nampak berkesan dan lebih praktikal.Ini kerana sekarang ini ramai orang khususnya remaja-remaja kebanyakannya mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain lagi. Melalui cabang-cabang komunikasi ini, maklumat yang ingin disampaikan lebih pantas dan efisen disamping menjimatkan kos.
Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Nik Karim Jawatan |
"Sebagai pendidik, anda semua ( merujuk kepada bakal-bakal guru )
perlu berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu, jangan sampai Bahasa Melayu
tergadai oleh bangsanya sendiri."
Ucapan yang membangkitkan sama sekali semangat yang membara terhadap
semua peserta dalam persidangan tersebut. Tapi bukan semangat yang ingin saya
perkatakan disini, tapi penguncapannya yang tidak dipengaruhi negeri asalnya
iaitu Kelantan.
Dalam pengamatan saya khususnya terhadap mahasiswa/wi UPSI yang berasal
dari Kelantan, mereka sukar untuk mengubah dialek mereka ketika mereka belajar
disini. Mungkin di UPSI ramai mahasiwa/wi yang berasal dari Kelantan. Sebab
itulah, proses sosiolisasi pertuturan mengikut standard Bahasa Melayu baku
kurang berkesan.
Perkataan seperti demo,kawe,make,kelik,derak,meta dan lain-lain lagi saya lihat amat sukar dihakis oleh kawan-kawan saya
yang berasal dari Kelantan
Saturday, 13 October 2012
RAGAM BAHASA I
Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja Tepat’ edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong, biasanya yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala ‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut Za’aba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu.
i. Ragam Bahasa Sindiran
Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang.
Dalam novel ‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan. Ia tentunya menyindir Cikgu Hamdan yang telah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan kawan-kawannya. Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri. Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif. Begitu juga dengan dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang berbunyi, “Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, di tengah sawah!”. Ini juga menunjukkan ragam bahasa menyindir iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya Norhayati berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan, tetapi diarahkan pula dengan perkataan ‘drama’ yang membawa maksudnyayang sebenar.
Itulah antara ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi contoh yang lain. Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain.
Budak oo budak....
Tiba-tiba terkenangkan anak saudara yang berumur 1 tahun. Masih terkial-kial menggagahkan diri untuk berdiri,kadangkala terjatuh tapi bangkit kembali. Seronok melihat ragam beliau. Berusaha dengan sendiri.
Disini bukan saya ingin perkatakan tentang perlakuannya, tetapi ingin perkatakan tentang percakapanya. Saya melihat dan memang betul kebenarannya bahawa bukanlah faktor bangsa seseorang itu mendapat bahasanya, tetapi kerana perolehan bahasa seseorang bayi itu yang diajar oelh ibubapanya.
Contohnya, ibubapanya telah mengajar beliau bahasa Melayu, dan beliau sudah pandai menyebut bahasa Melayu walaupun agak pelat seperti "ibu","ayah", "cucu"(susu) dan lain lain lagi.
sekadar gambar hiasan |
Tidak mustahil jika ibubapanya mengajar beliau berbahasa Inggeris contohnya, beliau tidak akan pandai berbahasa Melayu secara logiknya
Budaya Berbahasa Amalan Kaunter
Budi Bahasa Amalan Kita...
Satu kalimah yang membawa kepada amalan berbudaya yang baik dan menjadi satu amalan harian.
Kisah yang ingin saya paparkan kali ialah suatu hari saya menggunakan perkhidmatan awam di sebuah stesen bus yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, saya pergi ke kaunter bus untuk membeli tiket balik kampung. Sampai disana, saya berurusan dengan seorang wanita ala-ala 30-an.
saya: Assalamualaikum kak
kak : Waalaikumussalam dik, boleh akak bantu
saya: macam ni, saya nak balik kampung, ada lagi tak tiket ke Terengganu.
kak : owh ada lagi (sambil tersenyum ) terus menghulurkan tiket itu.
saya: terima kasih kak
Moral cerita ini adalah amalan berbudi bahasa kepada pelanggan khasnya mampu memberi kelegaan atau kepuashatian pelanggan atas servis yang pelanggan mahukan. Cuba kita bayangkan jika penjual itu, mukanya masam mencuka, tidak ramah dan suka marah-marah, tentu sekali kita sebagai pelanggan akan geram dan mungkin tidak akan datang lagi selepas itu
Tuesday, 9 October 2012
Perihal Motorsikal Baru...
“Jahat ngat
motorsikal mung …”
“Ish apa yang ang cakap ni.Ang cakap ak jahat ke.?”
Hahaha,
tergelak saya mendengar pergaulan dua orang rakan saya baru-baru ini.Seorang
dari Terengganu dan seorang lagi dari Kedah.
Saya yang
juga berasa dari Terengganu hanya senyum mendengar celoteh mereka. Saya
menjelaskan kepada kawan saya yang dari Kedah itu bahawa terdapat maksud yang
lain.
‘Jahat’
bukanlah bermaksud seseorang yang berkelakuan buruk, tetapi dalam konteks ayat
diatas mengikut dialek Terengganu adalah satu penghargaan.
Ayat itu sebenarnya
berbunyi seperti ini,
“Wah
cantiknya motorsikal kau”
Setelah
diberitahu hal sebenarnya, barulah masing-masing bergelak ketawa. Indahnya
Bahasa Melayu, banyak unsur-unsur bahasa didalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)