Tuesday, 16 October 2012

Kekeliruan Makna...


                                                                       "Yas ang boleh pergi semak tak.?"

Salah satu ayat yang diutarakan oleh seorang sahabat kepada saya. Mula-mula terpaku saya mendengar beliau bercakap seperti itu. Ada beberapa tafsiran yang tertimbul dalam benak fikiran saya. Pertama ialah adakah beliau hendak saya pergi ke semak ( belukar ). Kedua pula ialah adakah beliau mahu saya pergi semak (memeriksa )

Selepas mendapat keterangan dengan lebih terperinci,barulah saya faham apa yang dikatakan oleh beliau iaitu dia mahu saya pergi menyemak buku yang dikarang olehnya.

Sebenarnya , dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan maknanya seperti semak, pukul, selak dan lain lain lagi. Ianya hanya dapat difahami maknanya dengan betul melalui intonosi dan struktur ayatnya.

Biarkan Gambar Berbicara



Tergelak saya melihat gambar di atas apabila sedang melayari laman sesawang. Mungkin agak lucu apabila melihat gambar sedemikian tetapi dalam menasihati dan memberi peringatan kepada audiance, kaedah ini nampak berkesan dan lebih praktikal.Ini kerana sekarang ini ramai orang khususnya remaja-remaja kebanyakannya mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain lagi. Melalui cabang-cabang komunikasi ini, maklumat yang ingin disampaikan lebih pantas dan efisen disamping menjimatkan kos.

Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Nik Karim Jawatan


"Sebagai pendidik, anda semua ( merujuk kepada bakal-bakal guru ) perlu berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu, jangan sampai Bahasa Melayu tergadai oleh bangsanya sendiri."

Ucapan yang membangkitkan sama sekali semangat yang membara terhadap semua peserta dalam persidangan tersebut. Tapi bukan semangat yang ingin saya perkatakan disini, tapi penguncapannya yang tidak dipengaruhi negeri asalnya iaitu Kelantan.

Dalam pengamatan saya khususnya terhadap mahasiswa/wi UPSI yang berasal dari Kelantan, mereka sukar untuk mengubah dialek mereka ketika mereka belajar disini. Mungkin di UPSI ramai mahasiwa/wi yang berasal dari Kelantan. Sebab itulah, proses sosiolisasi pertuturan mengikut standard Bahasa Melayu baku kurang berkesan. 

Perkataan seperti  demo,kawe,make,kelik,derak,meta dan lain-lain lagi saya lihat amat sukar dihakis oleh kawan-kawan saya yang berasal dari Kelantan

Saturday, 13 October 2012

RAGAM BAHASA I





Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja Tepat’ edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong, biasanya  yang melibatkan  sesuatu komuniti atau masyarakat.  Manakala ‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam.  Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut Za’aba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca.  Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu. 

i. Ragam Bahasa Sindiran

Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat.  Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain.  Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. 
Dalam novel ‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan.  Ia tentunya menyindir Cikgu Hamdan yang telah cedera  dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan kawan-kawannya.  Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri.  Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif.  Begitu juga dengan dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang berbunyi, “Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, di tengah sawah!”.  Ini juga menunjukkan ragam bahasa menyindir iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya Norhayati berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan, tetapi  diarahkan  pula dengan perkataan ‘drama’ yang membawa maksudnyayang  sebenar. 
Itulah antara ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi contoh yang lain.  Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain. 

Budak oo budak....

Tiba-tiba terkenangkan anak saudara yang berumur 1 tahun. Masih terkial-kial menggagahkan diri untuk berdiri,kadangkala terjatuh tapi bangkit kembali. Seronok melihat ragam beliau. Berusaha dengan sendiri.
Disini bukan saya ingin perkatakan tentang perlakuannya, tetapi ingin perkatakan tentang percakapanya. Saya melihat dan memang betul kebenarannya bahawa bukanlah faktor bangsa seseorang itu mendapat bahasanya, tetapi kerana perolehan bahasa seseorang bayi itu yang diajar oelh ibubapanya. 

Contohnya, ibubapanya telah mengajar beliau bahasa Melayu, dan beliau sudah pandai menyebut bahasa Melayu walaupun agak pelat seperti "ibu","ayah", "cucu"(susu) dan lain lain lagi.
sekadar gambar hiasan
Tidak mustahil jika ibubapanya mengajar beliau berbahasa Inggeris contohnya, beliau tidak akan pandai berbahasa Melayu secara logiknya  

Budaya Berbahasa Amalan Kaunter



Budi Bahasa Amalan Kita...
Satu kalimah yang membawa kepada amalan berbudaya yang baik dan menjadi satu amalan harian.
Kisah yang ingin saya paparkan kali ialah suatu hari saya menggunakan perkhidmatan awam di sebuah stesen bus yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, saya pergi ke kaunter bus untuk membeli tiket balik kampung. Sampai disana, saya berurusan dengan seorang wanita ala-ala 30-an. 

saya: Assalamualaikum kak
kak : Waalaikumussalam dik, boleh akak bantu
saya: macam ni, saya nak balik kampung, ada lagi tak tiket ke Terengganu.
kak : owh ada lagi (sambil tersenyum ) terus menghulurkan tiket itu.
saya: terima kasih kak

Moral cerita ini adalah amalan berbudi bahasa kepada pelanggan khasnya mampu memberi kelegaan atau kepuashatian pelanggan atas servis yang pelanggan mahukan. Cuba kita bayangkan jika penjual itu, mukanya masam mencuka, tidak ramah dan suka marah-marah, tentu sekali kita sebagai pelanggan akan geram dan mungkin tidak akan datang lagi selepas itu


Tuesday, 9 October 2012

Perihal Motorsikal Baru...




“Jahat ngat motorsikal mung …”

“Ish apa yang ang cakap ni.Ang cakap ak jahat ke.?”




Hahaha, tergelak saya mendengar pergaulan dua orang rakan saya baru-baru ini.Seorang dari Terengganu dan seorang lagi dari Kedah.
Saya yang juga berasa dari Terengganu hanya senyum mendengar celoteh mereka. Saya menjelaskan kepada kawan saya yang dari Kedah itu bahawa terdapat maksud yang lain.
‘Jahat’ bukanlah bermaksud seseorang yang berkelakuan buruk, tetapi dalam konteks ayat diatas mengikut dialek Terengganu adalah satu penghargaan.
Ayat itu sebenarnya berbunyi seperti ini,
                                              
                              “Wah cantiknya motorsikal kau”

Setelah diberitahu hal sebenarnya, barulah masing-masing bergelak ketawa. Indahnya Bahasa Melayu, banyak unsur-unsur bahasa didalamnya.